Monday, 2 December 2013

PELAKSANAAN PENGURUSAN TADIKA
KELEBIHAN  TADIKA KAMI
HUBUNGI KAMI...

TADIKA CAHAYA DINAMIK




MAKSUD CAHAYA DINAMIK...


Apakah yang dimaksudkan dengan cahaya? Cahaya ; semua masyarakat tahu ia melambangkan makna anak, keindahan, kesempurnaan, seri, semarak, kilau, gemerlap, terang, sinar, kejernihan yang nampak terbayang pada muka, air muka, kekasih, buah hati, kilauan mata, terang pada mata dan masa depan yang cukup. Itu adalah maksud cahaya secara umumnya. Manakala berdasarkan teori fizik pula, cahaya merupakan tenaga berbentuk gelombang dan membantu kita melihat. Cahaya juga merupakan asas kepada ukuran meter. Cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Matahari adalah sumber cahaya yang utama.

Jadi secara psikologinya, kanak-kanak merupakan cahaya kepada kita. Mereka merupakan harapan dan nadi kepada negara. Seperti yang telah diperkatakan mengenai cahaya : cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Begitu juga dengan kanak-kanak. Kanak-kanak diperlukan dalam kehidupan kita. Hal ini kerana mereka merupakan penyambung wadah negara. Sebab itulah mereka perlu didik  dan digilap sejak dari lahir agar akan terus bersinar dan bercahaya sehingga mampu memberikan sumbangan dan jasa kepada negara.  Seiring dengan itulah kami menawarkan perkhidmatan pendidikan yang memberikan jaminan untuk masa depan kanak-kanak ini selaras dengan kehendak ibu bapa pada masa kini yang mereka bukan sahaja menginginkan anak-anak cemerlang dari segi akademik, malah dari segi bukan akademik juga.
 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, dinamik  bermaksud bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan ; bersifat cergas. Dalam erti kata lain, dinamik dapat diertikan sebagai perubahan yang lebih baik daripada sebelumnya. Individu yang dinamik tidak boleh memiliki ciri-ciri yang negatif seperti mudah berputus asa sebaliknya perlu ada semangat tidak jemu untuk menimba ilmu yang begitu meluas. Dalam mengejar kejayaan, individu yang  berdinamik seharusnya sanggup menghadapi cabaran tanpa berputus asa kerana tidak ada kejayaan yang datang bergolek. Hal ini demikian kerana, dalam dunia ini bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk mendapat kesusahan. Negara yang pesat membangun seperti Malaysia memerlukan generasi yang memiliki ciri-ciri untuk mencapai kemajuan dalam setiap aspek. Di samping itu, individu yang berdinamik sentiasa berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat bersaing secara sihat antara satu sama lain.
Apa yang kami ingin memperkatakan di sini ialah bahawa tadika kami akan melahirkan kanak-kanak yang bersifat dinamik seperti yang dijelaskan seiring dengan kehendak negara yang ingin melahirkan modal insan dalam kalangan masyarakat yang beriman, berakhlak dan mempunyai jati diri yang unggul. Oleh itu, peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ amatlah sesuai dengan perkataan dinamik dan ia haruslah diberi penekanan dalam bidang pendidikan negara bagi memastikan setiap individu mendapat taraf dan nilai pendidikan yang sama rata serta bersesuaian mengikut tahap umur dan fizikal mereka. 

Visi
~Melahirkan kanak-kanak yang berkebolehan dari segi intelektual, rohani, jasmani dan emosi tanpa mengabaikan fitrah kanak-kanak disamping melahirkan insan yang berilmu, kreatif, bijak dan berakhlak mulia.
Misi
~Mewujudkan sistem pengurusan tadika yang baik untuk pengajaran dan pembelajaran kearah membentuk akhlak yang mulia dalam diri kanak-kanak lantas menerapkan asas dan cara hidup kepada peringkat yang lebih formal.

Kemudahan asas tadika..
Bilik p&p
•Ruang selera
•Bilik guru
•Bilik rehat
•Sudut barang saya
•Sudut mainan
Kemudahan tambahan
Pengangkutan disediakan(van)
•Taman mini sains dan matematik
•Set mini permainan
•2 Komputer