MAKSUD CAHAYA DINAMIK...
Apakah
yang dimaksudkan dengan cahaya? Cahaya ; semua masyarakat tahu ia melambangkan
makna anak, keindahan, kesempurnaan, seri, semarak, kilau, gemerlap, terang,
sinar, kejernihan yang nampak terbayang pada muka, air muka, kekasih, buah
hati, kilauan mata, terang pada mata dan masa depan yang cukup. Itu adalah
maksud cahaya secara umumnya. Manakala berdasarkan teori fizik pula, cahaya
merupakan tenaga berbentuk gelombang dan membantu kita melihat. Cahaya juga
merupakan asas kepada ukuran meter. Cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian
kita. Matahari adalah sumber cahaya yang utama.
Jadi
secara psikologinya, kanak-kanak merupakan cahaya kepada kita. Mereka merupakan
harapan dan nadi kepada negara. Seperti yang telah diperkatakan mengenai cahaya
: cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Begitu juga dengan
kanak-kanak. Kanak-kanak diperlukan dalam kehidupan kita. Hal ini kerana mereka
merupakan penyambung wadah negara. Sebab itulah mereka perlu didik dan digilap sejak dari lahir agar akan terus
bersinar dan bercahaya sehingga mampu memberikan sumbangan dan jasa kepada
negara. Seiring dengan itulah kami
menawarkan perkhidmatan pendidikan yang memberikan jaminan untuk masa depan
kanak-kanak ini selaras dengan kehendak ibu bapa pada masa kini yang mereka
bukan sahaja menginginkan anak-anak cemerlang dari segi akademik, malah dari
segi bukan akademik juga.
Apa
yang kami ingin memperkatakan di sini ialah bahawa tadika kami akan melahirkan
kanak-kanak yang bersifat dinamik seperti yang dijelaskan seiring dengan
kehendak negara yang ingin melahirkan modal insan dalam kalangan masyarakat
yang beriman, berakhlak dan mempunyai jati diri yang unggul. Oleh itu,
peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ amatlah sesuai dengan
perkataan dinamik dan ia haruslah diberi penekanan dalam bidang pendidikan
negara bagi memastikan setiap individu mendapat taraf dan nilai pendidikan yang
sama rata serta bersesuaian mengikut tahap umur dan fizikal mereka.
~Melahirkan kanak-kanak yang
berkebolehan dari segi intelektual, rohani, jasmani dan emosi tanpa mengabaikan
fitrah kanak-kanak disamping melahirkan insan yang berilmu,
kreatif, bijak dan berakhlak mulia.
Misi
~Mewujudkan sistem pengurusan tadika
yang baik untuk pengajaran dan pembelajaran kearah membentuk akhlak yang mulia dalam diri
kanak-kanak lantas menerapkan asas dan cara hidup kepada peringkat yang lebih
formal.
Kemudahan asas tadika..
Kemudahan asas tadika..
•Bilik p&p
•Ruang selera
•Bilik guru
•Bilik rehat
•Sudut barang saya
•Sudut mainan
Kemudahan
tambahan
•Pengangkutan
disediakan(van)
•Taman
mini sains dan matematik
•Set
mini permainan
•2
Komputer
No comments:
Post a Comment